Tuesday, June 27, 2006

Penghargaan

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penyediaan blog saya ini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan khas kepada En. Azlan Hasbullah di atas segala pertolongannya selama ini. Kerana beliaulah, saya mula berjinak-jinak di dalam dunia pelaburan (investment). Saya turut merasakan dengan wujudnya blog saya ini maka akan bermulalah badai pelaburan di dalam kehidupan saya. Saya benar-benar berharap agar permulaan ini akan membawa sejuta kejayaan yang mana saya boleh kongsikannya bersama rakan-rakan yang lain, insya-Allah.

Di kesempatan ini juga, saya berharap agar blog ini akan dapat membantu pelabur-pelabur baru dalam memahami dan seterusnya membantu dalam memulakan pelaburan secara bijak. E-Investment semakin rancak diperkatakan. Sebagai seorang manusia, rugi kalau kita sendiri gagal untuk merebut peluang ini. "Seharusnya hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini". SELAMAT MEMBUAT PELABURAN YANG BIJAK.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home